Ladang Kami

Ladang Kami



 

Mobile No. 0173470007

Mobile No. 0199405502

Blogspot Kami :  http://kundurfarm.blogspot.com/

IMG0200A

Kundur Farm (KF) adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan ternakan lembu secara fidlot sepenuhnya dan membekalkan daging segar terus dari ladang kepada pengguna.

Mula beroperasi pada September 2008, KF telah embekalkan lembu hidup kepada penternak-penternak kecil di sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor. Pada masa ini KF membekalkan daging segar kepada peniaga-peniaga daging di sekitar Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur.

KF juga menawarkan perkhidmatan ‘service’ sembelih dan proses pemotongan daging dan tulang dan juga penghantaran secara percuma kepada pelanggan yang datang membeli lembu di ladang. Perkhidmatan sembelihan untuk “korban dan Akikah” pun ada disediakan di sini. Tinja ternakan diproses manjadi baja yang bermutu tinggi. Baja ini dibungkus dengan jenama Kundur Farm Organik dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak-tapak semaian disamping memenuhi tempahan daripada pengusaha-pengusaha ladang kelapa sawit di sekitar kawasan tempatan.

Objektif utama pihak syarikat adalah untuk mengeluarkan lembu yang berkualiti bagi pasaran tempatan disamping memenuhi permintaan daging segar halal yang semakin mendapat sambutan baik dari semua lapisan masyarakat. Lembu yang di import dari Thailand dianggarkan berat diantara 200 kilogram hingga 600 kilogram dibawa masuk ke Malaysia melalui Kelantan dan di kuarintin di Rantau Panjang selama dua minggu bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan dan suntikan ubat pencegah penyakit bagi mengelakkan daripada penyebaran virus penyakit yang tidak diingini. Sebanyak 300 sehingga 600 ekor lembu akan  dipelihara secara fidlot setiap tahun, dengan anggaran 50 ekor ternakan setiap bulan. Pada peringkat awal projek sebanyak 50 ekor lembu daging (feeder) dipelihara.

IMG0159A
IMG0196A-2

KF bercadang untuk mewujudkan pusat latihan ternakan lembu fidlot yang boleh melatih belia dan siswazah menganggur. Latihan termasuk pengurusan landang fidlot, penyembelihan, pemprosesan baja dan jualan daging segar. Latihan yang berbentuk praktikal sedang dirangka bagi menarik minat khususnya belia dan siswazah menganggur.

KF juga akan membuka kedai daging segar dan produk makanan segera dan beku. Antara produk makanan adalah burger, meatball, murtabak dan lain-lain dengan menggunakan daging yang berkualiti tinggi. Kedai daging tersebut tidak hanya tertumpu kepada jualan daging segar, ia juga meliputi jualan itik, ayam
kampung, rusa dan kambing di mana produk-produk ini akan dibeli dari pengusaha-pengusaha kecil tempatan.

IMG0197A

 

 

 

 

© 2013 KF Meat Shop.Hakcipta Terpelihara.
Paparan Terbaik Menerusi Resolusi 1024 x 768, Mozilla Firefox.

RSS